Friday, February 18, 2011

28 April 2010



Suhaimi , Joralia , Ariff Ammar    ,  Dian Nur Sufi

28 APRIL 2010 , 01.15am adalah tarikh dan waktu pemergian seorang
wanita yang bergelar Ibu dan Kakak..
Pemergiannya telah meninggalkan seorang suami dan dua orang anak..
Arwah meninggal akibat Kanser PayuDara dan Barah Hati

Ketika aku pulang pada jam 12.25 malam ,
aku masih melihat arwah terbaring dan mengerang kesakitan..
emak terbangun dan menjaga arwah..
dan aku HANYA lalu sahaja didepan mereka dan terus menuju ke bilik
Aku terlelap tanpa menghiraukan apa - apa..

Pada jam 12.50 malam aku tersedar dan melihat abang aku telah pulang
dari berniaga di kedai..
aku sekali lagi memejamkan mata dan terus tidur..
Aku terus tidur tidur tidur dan tidur..
Didalam mimpi aku bermimpi abang aku sedang mengejutkan aku
untuk pergi ke sekolah..
Aku terjaga dan melihat jam baru menunjukkan 01.15 (waktu pergi nya Arwah)
dan aku memarahi nya..
aku berkata ''Belom pukol 6 lagi laa bdoh....''

Sekali lagi aku sambung tidur dan sekali lagi dia mengejutkan aku..
Kali ini dia terus menengking aku dan berkata
''Kak Yang (Joralia) meninggal laa BODOH!!''
Mata aku terus tercelik dan terbeliak memandang kearah abang aku
yang sedang menangis..

Lalu aku terus keluar dan melihat orang telah pun datang ke rumah..
aku tak peduli kan itu semua..
aku terus pergi ke arah Arwah yang telah terbaring die sebelah emak aku
Arwah meninggal betul - betul disebelah pangkuan emak aku..

Airmata aku menitis tidak berhenti..
Aku berlari kebilik abang aku dan menangis bersendirian..
Lalu aku teringat kata - kata emak aku sebelum aku keluar rumah malam tersebut..
Dia berkata ''Jangan balik lambat - lambat dek..kakak ko ni saket..
jage die..''
Aku hanya membalas ''Haaa''
Teringat kata - kata itu aku terus menangis dan menangis..

Seminggu berlalu aku mula redha dengan pemergian nya..
Mungkin ALLAH lebih sayang kan Arwah daripada Kami sayangkan Arwah
Apa yang kita ada bukan lah kekal hingga ke hujung hayat..


Tapi sekarang , aku hanya berdoa agar roh nya di tempatkan ke tempat orang
yang Ber Iman...Amin

1 comment: